Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, November 30, 2018

The Bangkok Journal | Solo Backpacking Train Trip ke Kanchanaburi Thailand!

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Bumi Gajah Putih, Thailand adalah pada tahun 2014 di bawah kendalian kelab Putra Thai Universiti Putra Malaysia. Sebagai seorang student yang mengambil subjek Bahasa Thai, peluang untuk kesana memang saya look forward sebab dapat melihat sendiri keunikan budaya orang Thailand dan dapat mempraktikkan sedikit ilmu bahasa Thai yang telah dipelajari di dalam kelas. Ternyata pengalaman berada seminggu di negara jiran itu memberi impak yang lebih significant dari apa yang saya harapkan.Lawatan seminggu itu membawa saya dan kawan-kawan dari kelas bahasa Thai ke kawasan pedalaman Phuket , di mana kami berpeluang melawat sebuah perkampungan terapung di sana dan bertemu dengan pelajar sekolah disana. What a humbling experience that was. Banyak lagi perkara menarik yang kami lakukan di sana, namun itu akan saya kongsikan mungkin di entri yang lain. Tahun 2015, Alhamdulillah sekali lagi diberi keizinan untuk ke Thailand dengan misi yang sama cuma kali ini lokasinya adalah Bangkok. Lawatan kali kedua ini lebih fulfilling buat saya kerana kami dapat menyampaikan sedikit ilmu di sebuah sekolah Islam di Bangkok, Anwarul Islam School Bangkok .

Selain dari lawatan ke sekolah tersebut, highlight untuk lawatan kali ini adalah Kanchanaburi. Kanchanaburi terletak kurang lebih 2 jam dari kesibukkan kota Bangkok dan ternyata vibe yang diberikan pekan kecil ni sangat berbeza dari Bangkok. Pekan ini bukan sahaja kaya dengan nilai sejarahnya malah dikelilingi muka bumi yang unik. Antara tarikan utama disini adalah untuk bermalam di atas Boat House menyelusuri Kwai River. Berlayar jauh ke tengah Kwai River sambil ditemani kawan-kawan baik dan langit merah menanti matahari terbenam memang satu perasaan yang saya tak boleh lupakan dan sampai detik ini masih segar dalam ingatan. Terlalu segar sehinggakan saya nekad untuk ke sana sekali lagi pada awal tahun 2018. 
Disebabkan tekanan kerja dan rasa rindu dengan pemandangan matahari terbenam di Kanchanaburi, saya mengambil peluang semasa seminggu penutupan tahunan syarikat saya bekerja untuk ke sana. Tiada perancangan untuk trip kalini, saya cuma packed my bag and go! Saya sememangnya bukan seorang yang teratur seperti Hana, apatah lagi sebagai seorang traveller, Hana lebih teratur dan obviously had a much better time in all her trips, boleh baca cerita dia di Yogyakarta untuk tahu lebih lanjut. Saya catatkan pengalaman saya dalam sebuah buku yang saya namakan The Bangkok Jounal dan saya akan kongsikan isinya di sini. Perkara utama yang boleh diambil daripada perkongsian ini adalah jangan buat beberapa kesilapan yang saya lakukan ketika solo train trip ke Bangkok & Kanchanaburi ini. Jom!
The Bangkok Journal | Perjalanan saya bermula dari stesen keratapi Sungai Petani. First destinasi yang saya harus tuju ialah Padang Besar, dan saya ada dua pilihan train ke sana, sama ada ETS atau Komuter biasa. Saya pilih untuk naik komuter biasa sebab waktu tu jam 8.00am dan memang tidak terlampau sesak. Kos juga lebih murah iaitu RM9.30 berbanding tiket ETS yang berharga RM23.00 , tambah lagi tempoh perjalanan adalah sama iaitu 1 jam 30 minit (Anggaran). Saya sampai di Padang Besar lebih kurang jam 9.30am, turun saja di hentian Padang Besar, saya terus cari money changer, sebab apa? sebab saya degil dan tak ikut saranan Hana yang dah pesan dari awal untuk saya tukar duit di Sungai Petani yg lebih convenient processnya. Malangnya, dalam kawasan stesen keretapi Padang Besar memang tak kelihatan langsung money changer, mungkin masih tutup pada waktu itu kerana masih awal. Saya tidak panik dan terus berjalan ke kaunter imigresen Malaysia dan Thai, Alhamdulillah mujur ada seorang makcik yang standby di tepi kaunter imigresen Thailand untuk membantu mereka yang acah adventurous tukar duit last minit. Saya tukar duit dalam RM500, dah terlupa berapa saya dapat tukaran masa tu. Selepas selesai urusan tukar duit, saya terus isi Thai Arrival Card, di sebabkan kaunter Imigresen Malaysia dan Thai berkongsi dalam satu bangunan, urusan di imigresen memang berlangsung dengan sangat cepat. 

Side note| Make sure kalau ada perancangan nak keluar negara walaupun sekadar Thailand, pastikan terlebih dahulu tiada apa-apa sekatan contohnya dari PTPTN, lebih-lebih lagi kalau pergi dengan kawan-kawan. Berlaku di hadapan mata saya sendiri , sekumpulan 4 orang remaja lelaki, sangkut di imigresen Malaysia kerana salah sorang dari mereka ada sekatan PTPTN, mereka beratur di hadapan saya so saya lihat sendiri insiden berkenaan,cuma saya tak pasti apa kesudahan mereka. Jadi , pastikan semua itu clear terlebih dahulu sebelum apa-apa ya. Boleh semak disini.

Selesai semua urusan imigresen saya terus naik Train seterusnya yang sudah siap untuk bergerak.Tiket dari Padang Besar ke Hatyai ialah 70 Baht (RM8.50). Train untuk Hatyai ni lebih klasik! Boleh duduk di mana-mana seat yang masih kosong, jadi jangan risau kalau di tiket train tu tidak tertulis Nombor Seat. Train berlepas lebih kurang jam 10.30am terus menuju ke Hatyai. Lebih kurang 10 minit selepas train bergerak, seorang jurujual simkad menghampiri saya, simkad yang dia jual ialah dari jenama DTAC berharga 250 Baht (RM 30) dengan Unlimited Data dan tahan selama sebulan. He got me at Unlimited Data. Saya setuju untuk beli dan dia tolong setupkan semuanya. Walaupun mungkin ada yang akan skeptik dengan approach dia jual tu, saya sarankan beli sahaja Simkad DTAC yang dijual atas train tu, coverage internet dia memang tiptop,sampai ke puncak Erawan pun masih dapat line.
Hatyai Train Station | Tiba di Hatyai Train Station lebih kurang jam 11.45am dan saya terus pergi ke kaunter pembelian tiket untuk ke Bangkok. Tak berani nak delay sebab takut tiket habis. Syukur masih banyak seat yang available dan train paling hampir adalah pada jam 2.45pm. Saya ambil tiket untuk seat yang boleh baring (First Class Cabin) dengan harga 775Baht (RM98) . Saranan saya, kalau First Class Cabin masih available, grab yang tu dulu, walaupun mahal sikit, tapi berbaloi sebab perjalanannya sangat lama dan you need to be in the most comfortable condition possible. Lagi satu, perbezaan First Class Cabin dengan Second Class sangatlah ketara. Memang tak akan menyesal. 
Sementara menunggu 2.45pm, saya sempat berjalan ke kawasan berdekatan Stesen Keretapi tersebut dan makan untuk mengalas perut. Jam tangan harus di setkan mengikut waktu Thailand buat anda yang selalu merujuk kepada jam tangan. Walaupun Thailand macam dekat sahaja dengan semenanjung Malaysia, tapi waktu mereka lambat satu jam dari Malaysia. Smartphone selalunya akan auto adjust. Kalau ada lebih banyak masa pasti saya akan menjelajah lebih jauh ke dalam Hatyai tapi waktu tidak mengizinkan, Jam 2.30pm saya naik ke atas train dan rupa-rupanya katil untuk First Class Cabin hanya akan dipasang pada waktu malam, jadi buat masa sekarang belum boleh baring. 

Train mula bergerak jam 3.18pm dan sekeliling saya terlihat banyak backpackers lain yang saling berborak dan berkongsi cerita tentang kemana mereka rancang untuk pergi. Seorang backpacker dari Perancis datang duduk di seat sebelah dan cerita pengalaman dia di Malaysia, "Malaysias food are delicious but they are the most unhealthy food I've ever eaten,too much oil", masih saya ingat remark itu. "I take that as a compliment", saya respon dengan awkward. Perbualan dengan backpackers ini semua membuatkan saya rasa lebih selamat dengan misi solo trip saya ini. Misi ini harus dihabiskan.
Malamnya, selepas mengedit gambar untuk di upload di Instagram, saya terlelap selama lebih kurang 2 jam dan terjaga sahaja saya dari tidur, terasa lapar yang amat sangat. Malangnya, siang tadi tiada makanan yang di beli untuk buat bekalan dan pada masa itu, tiada lagi penjual makanan yang lalu di cabin itu kerana telah lewat malam. Berlapar selama berbelas jam, tak funny ya kawan kawan. Cuma mampu cuba tidur dan sesali kesilapan diri sendiri. Jadi pastikan anda ada bekalan makanan sekurangnya roti ataupun biskut untuk perjalanan train yang panjang ni ya.
Alhamdulillah walaupun berlapar semalaman, saya bangun pagi dikejutkan oleh udara nyaman dari bumi Thailand hari ini, train ni lalu bermacam jenis muka bumi, kawasan sawah padi, kampung kampung, hutan-hutan dan melepasi tak terkira banyaknya Wat yang lawa-lawa. Pagi ini juga baru saya book hotel, nasib baik masih banyak hotel murah yang masih available.Saya book hotel MIX Hotel 530Baht (RM70) . Train sampai ke Bangkok jam 9.50am, terus saya bergegas keluar dan disapa oleh penunggang penunggang motor yang memberikan servis seperti teksi. Untuk solo backpacker boleh gunakan servis motor ni untuk skip traffic, tapi dari segi keselamatan memang sedikit out. Motosikal yang saya bonceng tak berikan saya helmet walaupun kita sekarang di Kotaraya Bangkok ya, kemudian dia bawa saya masuk ke celahan celahan pasar yang obviously bukan saja bahaya untuk saya, tapi juga untuk orang awam yg lain. Jadi make your call ya. 
MIX Hotel Bangkok| Servis teksi motosikal dari Stesen Keretapi Bangkok itu harganya 300Baht (RM37), rasanya quite ok la kot sebab agak jauh sebenarnya jarak hotel ni dari stesen tu. Check in hotel selesai jam 10.45pm dan saya decide untuk berehat sekejap. Tidur sebentar sebelum mulakan misi seterusnya. Misi seterusnya ialah untuk ke Cafe milik teman wanita rakan sekerja saya Adam. Adam juga sedang berada di Bangkok untuk melawat teman wanita dia, jadi kami decide untuk meet up disana.Cafe teman wanita Adam tu terletak di Khaosan Road, antara lokasi tarikan pelancong juga tu. Lebih kurang macam Petaling Street di Kuala Lumpur. Saya keluar dari bilik hotel jam 1.00pm dan sekali lagi mengunakan servis motosikal teksi, kali ni Alhamdulillah diberikan helmet. THANK GOD.
Khaosan Road| Setiba di Khaosan Road saya terus berhubung dengan Adam dan disebabkan cafe teman wanita Adam tadi memang terletak betul betul berdekatan dengan Khaosan Road, mudah untuk kami berjumpa. Saya order Tom Yum Goong (Seafood Tomyum) dan tak pastilah samaada perut masa tu memang sangat lapar ataupun memang tu seafood tomyum paling sedap pernah saya rasa seumur hidup #over. Selesai makan, saya bergerak meninggalkan cafe teman wanita Adam dan berjalan kaki menuju ke The Grand Palace. Jalan lebih kurang 30 minit dan sampai sahaja di Grand Palace, mereka sudah pun berhenti menjual tiket.Tiket Grand Palace berhenti dijual pada jam 3.30pm menurut kata penduduk tempatan disitu. Jadi sila datang awal kalau nak tengok bahagian dalam The Grand Palace ya. Tapi jangan risau, kalau terlepas waktu tu, boleh masuk ke Wat Pho yang terletak bersebelahan The Grand Palace dan boleh tahan jugak cantik dia. 
Asiatique| Di dalam Wat Pho tadi terdapat patung sleeping Buddha sepanjang 46 meter. Sangat menarik. Recommended kalau terlepas masuk The Grand Palace. Keluar saja dari Wat Pho, saya bercadang untuk berjalan ke Asiatique The Riverfront, lebih kurang 1 jam 30 minit walking distance dari Wat Pho. Pada mulanya saya yakin mampu berjalan sejauh tu, tetapi selepas 30minit berjalan di hentam pulak oleh panas matahari waktu tu, saya dah tak larat. Mujur waktu tu Hana mesej dan dia cadangkan naik cruise saja pergi ke Asiatique. Kebetulan pulak masa tu memang saya berada berdekatan dengan salah satu stesen hentian untuk turun dan naik ke cruise Asiatique tu, stesen di Pasar Basah Yodpiman. Di stesen ni ada beberapa platform yang menuju ke destinasi yang berlainan, jadi sila pastikan platform untuk ke Asiatique tu ya. Jangan main naik ja. Dari stesen Yodpiman ke Asiatique (last stesen) bayaran cuma 50Baht (RM6). Dan ini antara aktiviti yang wajib dilakukan kalau berada di Bangkok. Make sure naik cruise tu waktu petang, supaya dapat tengok Matahari terbenam di celahan hutan konkrit Bangkok. Very nice!
Boat cruise tadi akan berhenti di beberapa hentian untuk drop dan ambil orang, tapi saya stay sampai ke Asiatique, Asiatique ni tempat orang beli belah dan juga makan makan, tapi agak susah untuk cari makanan halal, boleh jalan jalan dalam Asiatique dan beli souvenir dan kalau ada duit extra boleh naik ferriswheele kat situ. Saya dalam mode cost saving jadi memang terpaksa abaikan kehendak nak naik gondola tu. Tentang makanan halal, betul-betul dihadapan Asiatique tu ada satu foodcourt yang ada satu gerai makanan halal, paling dalam, paling hujung. Foodcourt ni mmg senang nak nampak,jadi jangan risau.
Selepas selesai makan, saya terus bergegas balik ke hotel sekali lagi mengunakan servis teksi motosikal. Malam tu sebelum tidur saya buat calculation dengan lebih terperinci tentang berapa balance duit dan berapa yang boleh digunapakai untuk dua hari mendatang. Alhamdulillah, mengikut perkiraan malam tu duit yang ada cun cun untuk stay satu malam di Kanchanaburi dan pulang ke Malaysia. Tapi of course, perkiraan tu penuh dengan loophole dan perkara yang saya terlepas pandang. Paling penting pada detik dan waktu itu, misi lihat matahari terbenam di wilayah Kanchanaburi wajib terlaksana. Jadi saya nekad untuk pergi dan book hotel untuk bermalam di Kanchanaburi.

Hari Ketiga | Saya check out dari MIX Hotel lebih kurang jam 6.00am. Receptionist disitu sarankan saya jalan ke stesen BTS berdekatan dan naik BTS ke Mochit Stesen. BTS tu sama macam KTM di Malaysia ya, bukan kumpulan artis Korea yang anda gilakan tu okay. Anyway, saya berjalan ke Phrom Phong BTS Station dan terus menuju ke Mochit Station. Tambangnya cuma 45Baht (RM5.50). Sampai ke Mochit Station saya berjalan ke hentian bas yang terletak di luar stesen BTS Mochit tu. Dari sini saya perlu ke Bangkok Central Terminal menaiki bas nombor 3 ataupun 77. Tambang cuma lebih kurang RM1.00. 

Bangkok Central Terminal | Kalau anda masih belum perasan, trip saya ini memang ada mision tetapi saya memang tak ada perancangan langsung, main redah sahaja, tolong jangan buat sesuatu seperti ini, kerana boleh jadi merbahaya. Contohnya, setibanya di Bangkok Central Terminal, saya betul betul clueless, di situ ada sorang ulat tiket datang kepada saya dan saya terus cakap "Phom Jak Pai Ti Kanchanaburi", dia minta 140Baht dan saya bayar dan kemudian dia bawa saya ke sebuah van yang sudahpun sarat dengan orang, sebabkan saya terlampau clueless, saya ikut saja. Nasib saya baik van tu memang betul menuju ke Kanchanaburi, kalau sebaliknya? Bahaya. InshaAllah kalau berpeluang ke sana lagi, akan dibuat sedikit research dan travel dengan lebih selamat.
Kanchanaburi| Setibanya di Kanchanaburi jam 10.50am terus teringat kembali kenangan trip dengan Anis & Pali dengan Putra Thai back in 2015. Rasanya lagi best kalau diorang ada sekali. Saya kemudiannya menaiki Songthaew untuk ke Kwai River Bridge. Kesilapan saya masa tu, Songthaew yang boleh dinaiki at least 6 orang tu, saya naik sorang. Entah apa yang kalut sangat masa tu pun saya tak tahu lah, saya bayar 150Baht (RM19) untuk Songthaew tu. Boleh cut cost lagi kalau share dengan backpacker lain. 

Di Bridge ni saya tak spend masa terlalu lama, ambil gambar sikit lepastu terus makan. Atas jambatan tu terlampau crowded jadi saya decide untuk spend masa yang singkat sahaja. Untuk makanan halal, ada satu kedai makan kat situ dimana owner dia boleh cakap bahasa melayu. Kalau naik bas atau van, memang diorang akan drop depan kedai ni,kedai ni terletak di entrance nak masuk ke River Kwai Bridge. 

Selesai makan, saya terus naik teksi motor untuk ke D'Hostel yang terletak di tepian Kwai River. Awalnya saya nak rasa sekali lagi bermalam di atas boathouse, tapi baru sedar betapa mahalnya kos nak stay even satu malam atas boathouse, tapi yang istimewanya D'Hostel ni ada boathouse jugak, tapi boathouse diorang tak bergerak. Well, close enough for me. D'Hostel ni memang sangat saya recommend untuk para backpackers. Its a dorm type of room. Bilik lelaki dan perempuan diasingkan, bilik mandi lelaki perempuan berbeza tingkat dan sekali lagi saya highlight, mereka ada an attached boathouse untuk penginap duduk dan lepak tengok sunset. Sewa satu malam  400Baht (RM50) which is sangat berbaloi melihatkan ruang bilik yg luas, katil yang selesa dan semua fasiliti lain yang memang memuaskan. Boleh sewa motorsikal juga di D'Hostel ni 300Baht(RM36) untuk 24 jam. 
Cross Kanchanaburi on Scooter | Disarankan sangat untuk sewa motor yang diorang sediakan tu dan ronda sekitar Kanchanaburi ni. Selepas settle down,mandi dan tidur sekejap, saya duduk bersembang dengan receptionist di D'Hostel tu yang bernama House(*awesome name for a housekeeper btw), House sarankan saya melawat War Cemetry, dan beberapa Wat lama yang terletak tak jauh dari D'Hostel antaranya Wat Tham Kao Pun dan Wat Phothisat Banpotnimit. Saya pergi ke semua Wat yg disarankan malangnya saya tak masuk kedalam Wat Wat tu semua sebab saya kejar masa dan sebab wat di Kanchanaburi tu semuanya di kawal oleh anjing. Tak sempat  nak masuk dah kena kejar dengan anjing, anyway tengok dari luar pun dah cukup puas. Saya sempat naik scooter merentasi bukit bukau dan perkampungan di sekitar Kanchanaburi. Bayangkan bukit bukau yg lebih kurang dengan di Malaysia cumanya, disini bukit bukaunya bukan berwarna hijau tapi berwarna coklat dan oren. Allahuakbar sangat cantik.
Setelah puas meronda Kanchanaburi, saya pulang lewat petang dan excited untuk melihat matahari terbenam dari Boathouse yang attached dengan D'Hostel malangnya baru saya perasan yang D'Hostel ni at that point in time tak menghadap arah yang membolehkan saya untuk tengok matahari terbenam. Agak kecewa, tapi masih belum terlambat, saya refer dekat House dan dia sarankan untuk saya pergi ke Jambatan Kedua. Terus capai kunci motor dan helmet bergegas ke jambatan tu. Sempat saya kejar sunset tu dan feeling dia memang lain macam. Dengan angin senja meniup perlahan, jauh dari segala masalah, hanya diri sendiri dengan alam ciptaan Allah. Satu perasaan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Mission accomplished.


Malamnya makan dan rehat. Night life dekat Kanchanaburi rasanya memang tak berapa meriah. Jadi lebih baik rehat dan siapkan diri untuk hari esok. Plan untuk esok adalah gerak seawal mungkin untuk pulang ke Bangkok dan ambil train pulang ke Hatyai seterusnya Malaysia. Tapi, of course bukan itu yang terjadi. Saya bangun awal, siap packing dan sedia untuk bergegas ke Bangkok, tapi disapa pulak oleh seorang backpacker daripada Korea sewaktu saya checkout dari D'Hostel. Dia cadangkan saya pergi ke Erawan National Park lebih kurang sejam lebih dari pekan Kanchanaburi. Cuba teka apa saya buat? Ya saya pergi ke Erawan. 

Erawan National Park | Untuk pergi ke Erawan saya perlu ke stesen bas Kanchanaburi dan naik bas yang memang dah di chartered untuk pergi dan balik dari Erawan National Park. Tambangnya 50Baht sahaja. Otw nak masuk ke Erawan National Park, bas akan berhenti untuk dikutip entrance fees dari setiap pelawat, jadi jangan risau kalau bas berhenti tiba tiba dan disuruh turun sebentar dari bas. Setiba di Erawan National Park, terus hilang rasa resah takut tak cukup masa atau tak cukup duit, yang saya fikirkan masa tu, " Ini mungkin kali terakhir datang ke sini, just do it". Erawan ni terkenal dengan air terjun bertingkat tingkatnya, pelancong boleh hiking sampai ke tingkat ke 7 ataupun cukup sekadar mandi manda di tingkat paling bawah. YOLO punya pasal, saya naik sampai ke tingkat teratas, walaupun view di atas tu sedikit let down tapi satu pengalaman yang saya langsung tak kesali.

Drama sebelum pulang|Selesai berpenat hiking di Erawan National Park saya bergegas untuk dapatkan bas ke Bangkok, Alhamdulillah ada van yang sudah sedia untuk gerak ke Bangkok, saya naik van berkenaan dan sampai ke Bangkok lebih kurang jam 7.30pm. Sampai di Bangkok, saya naiki teksi motosikal untuk ke Train Stesen. Selamat sampai di train stesen namun tak selamat bila tahu tiket train untuk malam tu dah habis, the next train adalah esoknya jam 3.00pm dan hanya tinggal Second Class Cabin. Saya masih tenang, fikir punya fikir, google punya google, saya dapati ada stesen bas berdekatan dengan stesen keretapi ini, dan berdasarkan maklumat yang saya dapat di internet bas selalu available untuk ke Hatyai.Waktu saya decide untuk naik bas tu lebih kurang jam 8.00am, terus saya keluar dan dapatkan teksi motosikal untuk ke stesen bas yg paling dekat. Sampai di stesen bas berkenaan lebih kurang 8.20pm dan ada bas yang dah ready untuk gerak pada jam 8.50am. Harga tiket bas tu 750Baht,  saya cuma ada lebih kurang 500 Baht dan RM50. Saya short of Thai Baht sebanyak 200Baht dan obviously saya short of time juga. Money changers semua dah tutup. Saya suruh penjual tiket tu keep the bus there sementara saya fikirkan sesuatu untuk cukupkan duit beli tiket bas.  Literally saya pergi dari kedai ke kedai untuk minta tukar RM50 tu kepada Baht tapi diorang tak faham bahasa Inggeris. Mujur, Muujuur ada satu kedai Pharmacy yang pemiliknya boleh bertutur bahasa Inggeris.

Saya tukar duit dengan beliau dan berlari ke kaunter tiket tadi. Alhamdulillah bas masih ada dan saya berjaya loloskan diri dari kota Bangkok menuju ke Hatyai. Menariknya, naik bas 10 kali lebih selesa dari train. Bas yang saya naik ni Seatnya lebih luas dan legs room pun mmg lebih dari mencukupi.  Saya sampai ke Hatyai keesokan harinya (February 17) dan naik van ke sempadan Padang Besar dan kemudiannya naik komuter ke Sungai Petani. Alhamdulillah saya selamat sampai ke rumah dengan satu pengalaman beyond words.

Towards the end of trip saya tu agak dramatik sikit tapi itulah yang berlaku dan semuanya atas kesalahan saya sendiri yang tak ada proper planning untuk trip ini. It was a fun trip but it could definitely be better if I had done a little bit more preparation and planning. Seperti yang saya maklumkan di permulaan entri ini saya harap anda tidak buat kesilapan-kesilapan yang saya buat semasa trip solo saya ini. InshaAllah saya akan ke sana lagi bulan hujung December ini bersama dengan Hana. Harapnya lebih teratur dan kami akan kongsikan juga disini. Segala yang saya kongsikan ini bukanlah itinerary yang boleh diguna pakai untuk you guys aturkan perjalanan, tapi sekadar perkongsian dari perjalanan kali pertama saya travel seorang diri di Thailand. Kalau ada maklumat yang boleh dibuat rujukan, silakan guna.


Maaf juga gambar - gambar yang saya gunakan di dalam entri ni blur dan mcm low quality, saya screenshot dari instagram sahaja, gambar gambar semua hilang bersama pendrive saya di Busan , Korea,but thats another story for another day okay. Thank you for reading until this point. Have fun, travel safe. Jumpa di entri yang lain.

By Kimi.

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: